1

Sejak bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga merupakan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) mengeluarkan biadap sehingga menyinggung perasaan ahli keluarga Allahyarham yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak bulan lalu, pemimpin-pemimpin PAN lain dilihat sibuk mempertahankan Nizar.

Pemimpin PAN mendakwa, kenyataan biadap Nizar itu hanyalah kenyataan peribadinya dan tidak mewakili kenyataan atau suara parti serpihan Pas itu.

Selain itu, terdapat juga pemimpin PAN yang cuba mempertahankan Nizar itu dengan mengatakan kenyataan 'hukuman dari Allah' itu bukan ditujukan kepada kematian 2 wakil rakyat Barisan Nasional, sebaliknya ia mempunyai maksud lain yang cuba disampaikan Nizar.

"Jika itu yang dimaksudkan oleh Nizar, maka Amanah tidak bersetuju kerana kita tidak tahu apa hikmah yang berlaku di sebalik kejadian ini dan hanya Allah yang mengetahuinya.

"Kita tidak mahu berpura-pura seolah-olah kita mengetahui hikmah di sebalik segala apa yang Tuhan lakukan," kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad.

Alaa... PAN... Tak payahlah susah-susah nak mempertahankan Nizar tu... Tak payahlah nak kata kenyataan Nizar tu bersifat peribadi dan tidak mewakili parti serpihan Pas itu... Alasan yang diberikan tu semua tak leh pakai.

PAN kalau betul parti yang ditubuhkan untuk menggantikan Pas yang kononnya dihuni oleh pemimpin yang tidak berakhlak.... PAN seharusnya mengambil tindakan terhadap Nizar yang benar-benar biadap.

Sekiranya PAN tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Nizar... Nampak sangat PAN ni cuba mempertahankan Nizar yang jelas telah mengguris hati rakyat di Parlimen masing-masing, khususnya ahli keluarga wakil rakyat. - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

  1. Nama aje Parti Amanah... orang yang di dalam parti nie semua nya 'renegades'... tak ade muka yang amanah pun... muka penyangak.. yang menyokong lgbt, anti Islam dan komunis... inilah parti sikitul

    ReplyDelete

 
Top