0

Tak sia-sia DAP 'bela' bekas ahli Pas sehingga tertubuhnya sebuah parti baharu, Parti Amanah Negara (PAN).... Memang berbaloi laa DAP 'bela' PAN dan menjadikan PAN sebagai khadam.

Macam dalam kes isu karfi harbi.... PAN yang tidak ada kena mengenai dengan isu ini, telah memainkan peranan mereka sebagai 'adik' kepada DAP apabila mempertahan 'abang long' mereka dari digelar sebagai 'kafir harbi' oleh Mufti Pahang.

Patutlah DAP cukup sayang PAN dari PKR... Rupa-rupanya PAN ni ada peranannya... DAP kena serang jer, PAN akan muncul menyelamatkan nyawa 'abang long' mereka... Dah macam barua pula PAN ni... Hahaha.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu (PAN), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Mufti Pahang tersebut, tetapi yang mengecewakan beliau adalah tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis atas kenyataan mufti itu yang jelas mencetuskan api perkauman.

Dalam masa sama, Raja Kamarul turut menyerang bekas partinya, Pas dengan mengatakan parti Islam itu sehingga hari ini hanya mendiamkan diri mengenai isu kafir harbi ini.

"Nampak gayanya mufti kerajaan negeri Pahang pimpinan Umno bebas membuat kenyataan walaupun betapa bahaya kenyataan kafir harbi yang membolehkan yang dituduh di hapuskan.

"Nampaknya ahli Pas yang menjadi penasihat kepada Umno juga kebal dari tindakan dengan kenyataan halal darah terhadap lawan mereka. Jadi apa yang hendak dihairankan tindakan mufti dari negeri kerajaan Umno. Bukankah Pas juga menjadi penasihat pada Umno," kata Raja Kamarul.

Amboi Raja Kamarul.... Bukan main lagi 'backup' abang long.... Siap serang bekas parti lagi... Asal ada masalah jer, pasti Pas yang dipersalahkan... Apa dosa Pas dengan korang pun tak tahu laa.

Nak jelaskan.... Dalam isu ni takda kena mengena dengan Pas mahupun Umno...  So, PAN tak payah nak berlagak hero dengan nak kaitkan Umno dan Pas dalam isu ini... Kalau PAN nak polis ambil tindakan terhadap Mufti Pahang ni... Pergilah buat report dekat balai polis.... Bukan melalak macam laki hilang bini!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top