0

Bagaikan berpesta sayur-sayuran... Kelakar sangat! Kalau korang teringin untuk mendapatkan sayur sawi percuma... Haaaa korang boleh la datang ke ceramah yang diadakan oleh Pakatan Harapan di Kuala Kangsar.

Sebabnya... Sesiapa yang datang dan hadir ke ceramah Pakatan Harapan korang akan dapat hadiah sayur sawi! Hahahahhaa... Sayur sawi je kot! Ehhh helloooooo sawi dari Cameron Highland okey katanya laaaa!

Korang yang hadir ke program ceramah Pakatan Harapan di Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar malam semalam pasti sangat bertuah kan sebab dapat sayur sawi....

Hahaha bertuah la sangat! Kononnya sayur sawi tu sangat segar dan ia datang dari hasil sumbangan seorang penyokong di sana.... Itu kata seorang petugas ceramah.

“Ini daripada penyokong kita di Cameron Highlands. Dia datang bawa dua bakul besar hari ini dan memang untuk diagihkan,” katanya.

Menurut seorang penonton yang bertuah kerana terpilih untuk mendapat sayur sawi tersebut berkata geng-geng Pakatan Harapan ini mengagihkan hadiah sayur tersebut semasa ceramah sedang dijalankan.

“Ya, mereka datang beri kepada kami. Tapi saya rasa tak semua dapat,” katanya.

Rata-rata yang hadir mendengar ceramah Pakatan Harapan adalah golongan daripada bangsa Tionghua... Setia betul dorang ni dok dengar ceramah pembohongan Pakatan Harapan.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, seramai kira-kira 200 hadirin yang hadir dan setia bersama payung untuk dengar ceramah. Hadiahnya dorang dapat la sayur sawi hahaha!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top