0

Hairan betul dengan telatah pembangkang ni.... gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tak kelihatan dalam poster calon Barisan Nasional (BN) pun boleh dijadikan isu untuk membangkitkan fitnah dan kebencian rakyat.

Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya rakyat serta ahli-ahli Umno marah terhadap perdana menteri sehingga mereka muak untuk melihat gambar Najib di poster. Sebab tu la jentera BN mengambil keputusan untuk tidak meletakkan gambar Presiden UMNO tu di poster calon BN katanya.

Alasan macam tak logik dan langsung tak masuk akal je... nak cakap yang gambar Najib tu bawa sial laaa... Muka Najib tu konon-konon umpama membawa malapetaka bagi BN. Itu yang cuba disampaikan oleh PAN.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata.. keputusan BN kali ini adalah sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan malan beberapa mantan perdana menteri lalu.

Mantan-mantan perdana menteri yang dahulu bertindak menggandingkan gambar mereka dengan calon BN bertanding, jadi hanya sebab Najib tidak berbuat sedemikian terus dorang tuduh yang Najib takut gambar mukanya bakal membawa kekalahan kepada BN.

“Sudah masuk hari kesembilan kita tidak nampak pun gambar-gambar Najib. Saya diberitahu oleh maklumat dalaman Umno sendiri yang katanya gambar Najib boleh bawa malapetaka terhadap BN.

“Lihat gambar Najib, rakyat nampak 1MDB. Lihat gambar Najib, rakyat nampak skandal derma RM4.2 bilion,” ujar Timbalan Presiden Amanah itu.

Sebenarnya PAN ni kempunan nak menang dalam pilihanraya kecil kali ini... Sebab tu benda-benda kecil dan bodoh macam ni pun nak meroyan. Sudah tu bagi alasan budak tadika pulak eyyhh memalukan!

Konon kalau PAN menang, dorang mampu untuk memberi kesan dan mesej yang besar rakyat kepada Najib. Hurmmm yela tu kan.

“Apa yang kita hantar ialah isyarat jelas dari rakyat – Jangan main-main! Jangan main-main dengan rakyat!

“Jadi, saya dengan seluruh ahli-ahli kami menyokong calon Amanah, kerana percaya (Amanah) mampu bawa perubahan,” tegasnya sambil menyeru pengundi di Sungai Besar memilih calon Amanah yang diwakili Azhar Abdul Shukur.

Hmmmm apa-apa jela PAN oiii... Terpengaruh dengan DAP la ni kan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top