0

Pemuda PAN menyelar kabinet baharu 'tidak bernafsu', tiba-tiba je PAN ni nak sakit hati dengan keputusan perlantikan ahli kabinet yang baharu. Katanya percaturan baru ni tak mampu untuk kembalikan negara ke landasan yang selamat.

Ehhh...selama ni pun percaturan ahli di dalam kabinet tidak mengecewakan. Namun, kata pemuda PAN Sany Hamzan kononnya percaturan kali ni tidak membawa muka-muka baru, malah tiada golongan muda dalam pentadbiran tersebut.

'' Rombakan Kabinet baharu yang diumum semalam masih tidak mempamerkan wajah dan bakat muda dalam pentadbiran baharu. Pokoknya, pembentukan Kabinet kali ini masih menunjukkan tiadanya anjakan baru yang mahu diaspirasikan oleh perdana menteri ketika ini,” katanya

Mungkin, Perdana Menteri membuat keputusan yang dapat  membawa negara lebih kedepan dengan memberikan peluang kepada yang lebih berpengalaman. Untuk melantik kekosongan itu juga bukan mudah, kerana perlu ada calon yang betul-betul layak untuk bersama-sama memimpin negara.

Bukan muda atau tua yang perlu dijadikan persoalan, tapi gerak kerja yang akan dinilai dan pengalamn yang memberangsangkan sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri untuk menjaga setiap inci hal di dalam negara.

Selain itu, Sany juga seperti tidak berpuas hati kerana ketepikan sabah dan sarawak. Mungkin isu seperti ni tidak perlu dibangkitkan, sudah tentu keputusan kali ni sudah dilihat dari keseluruhan dalam pelbagai aspek.

Walaupun tiada perlantikan dibuat, tidak semestinya kerajaan tidak ambil peduli. Namun, menteri Sarawak pun tidak membahaskan isu ini kerana sifat tolak ansur dan semangat perpasukan yang tinggi tidak menjadikan ia sebagai satu protes. Tapi kali ni PAN pula yang terlebih meroyan dengan rombakan kabinet yang baharu. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top