0

Sejak kekalahan kedua Parti Amanah Negara (PAN) pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala kangsar dan Sungai Besar..., Gomez tengok meroyan sakan geng-geng PAN ni akibat tidak boleh terima kenyataan. Bukan setakat meroyan je rasanya sudah sampai tahap gila dan sewel agaknya.

Kalau sebelum ini ada yang cakap pada PRK kali ini PAN cuma nak test power dan nak memperkenalkan parti mereka kepada umum je... so kalau kalah pun tak kisah la. Padahal dorang nak cover malu je tu! Yela dah cakap besar sangat tengok-tengok kalah pulak.

Tak cukup dengan ayat cover malu tu kini Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat pula buat kenyataan bodoh dan mendakwa bahawa punca kekalahan PAN adalah disebabkan logo parti mereka, hahahaha apa ni bebb! Tolong la logo tak salah okey, logo tak buat apa-apa pun!

Lepas je Rafizi Ramli yang pakar propaganda tu tuduh rakyat ni gilakan kebendaan dan itu menjadi punca kekalahan mereka, sekarang ni Suhaizan dakwa konon pengundi tak kenal logo PAN. Sebab tu la dorang boleh kalah.

“Kebanyakan pengundi Melayu kurang mengenali logo PAN kerana baru berusia sembilan bulan dan pertama kali bertanding dalam pilihan raya di Semenanjung.

“Ada setengahnya menganggap logo PAN seperti parti bebas. PAS memiliki kelebihan dengan usianya 65 tahun,” dakwanya.

Kononnya, kalau la orang Melayu kenal dan sedar mengenai kehadiran dan logo PAN tu pastinya dorang akan memperolehi undi yang lagi tinggi pada PAS. Hurmmmm boleh percaya ke ni???

Sudah kalah pada PRK lepas tu meroyan pulak salahkan logo hahahah agak-agak la wei! Bawa mengucap sama, ini sampai logo pulak yang jadi mangsa hahaha! Kelakar bebenor!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top