0

Abdul Rani yang tak puas hati dengan PAN  kononnya mendakwa PAS kalah disebabkan PAN yang tidak mahu bersama PAS dan memilih untuk berpisah, malah sekarang PAN bersama Pakatan Harapan. Abdul Rani berkata Punca pepecahan undi melayu juga disebabkan PAN. Betul ke ?

"Hendak kata apa lagi? Selain PAN yang jadi penghalang, BN memang ada kekuatan dari segi jentera ", katanya

Bila dah kalah mula la semua nak dipersalahkan, walaupun sebelum ini Rani dikatakan 'harum manis' kerana luaran PAS manakala dalaman menyokong PAN. Tapi bila PAS kalah tiba-tiba tak mahu nak mengaku kepincangan diri sendiri untuk meraih undi rakyat Sungai Besar semasa PRK.

Semasa PRK pun kalau kita tengok Rani masih bermesra dengan PAN, pergi ke majlis yang dianjurkan PAN walaupun Rani adalah calon PAS ketika tu. Nampak macam tak kena pulak bila dia nak salahkan PAN sekarang, sedangkan Rani sendiri susah untuk diterima rakyat menjadi ahli parlimen.

Mungkin juga Rani ni 'talam dua muka' bila bersama PAN mula lupakan PAS, bila bersama PAS, dia kutuk pulak PAN. Kenapa semasa berkempen Rani tak ajak pulak PAN untuk balik bersama PAS bagi menghalang pepecahan undi melayu kepada PAN. Sekarang baru nak meroyan salahkan PAN bila dah kalah PRK.

Sepatutnya perkara ini perlu diselesaikan oleh ahli PAS dan PAN, bukan masa PAS dah kalah baru nak menuding jari salahkan pelbagai pihak. Pas juga perlu peka dengan niat PAN untuk pecahkan undi melayu adalah disebabkan dendam mereka semasa menjadi ahli PAS dulu.

Walaupun PAS meroyan kalah disebabkan PAN, ia tidak membawa kepada jalan penyelesaian, tambah lagi PAN sekarang dibawah DAP, yang memang sudah membenci PAS.  Jadi tak perlu untuk PAS salahkan siapa-siapa, malah perlu kaji dengan mendalam kebolehan PAS sendiri untuk PRU-14 akan datang. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top