0

Selepas isu 'billboard' berbentuk provokasi semakin redha, Pas yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar dikejutkan dengan poster muka presiden parti Islam itu diconteng seperti badut.

Menurut Pas, mereka kecewa dan kesal dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab mengeluar dan menampal poster Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kelihatan seperti badut sempena kempen PRK yang sedang berlangsung.

Tindakan biadap tersebut mendapat perhatian Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria dan beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu provokasi serta percubaan terdesak untuk memburukkan Pas menjelang PRK 18 Jun ini.

Memang betul apa yang dikatakan Pesuruhjaya Pas Perak ini.... Tindakan pihak menaikkan poster pemimpin bermuka badut memang satu tindakan yang terdesak untuk memburukkan imej parti dan pemimpin tersebut.

Andy percaya.... Pihak yang melakukan atau menaikkan poster 'badut' Hadi ini adalah kerja-kerja macai Pakatan Harapan khususnya macai Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.... Mereka saja yang berdendam dan bermusuhan dengan Pas.

Dalam masa sama, Razman mendakwa beliau agak hairan dengan tindakan mereka yang menyerang Hadi dalam kempen PRK kali ini.... Sedangkan yang bertanding orang lain, bukannya presiden parti Islam itu.

"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno. Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Macam mana boleh kata kita sokong Umno? Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," tegas Razman.

Post a Comment

 
Top