0

Parti Amanah Negara (Amanah) masih lagi tidak releven untuk bersaing secara bersendiran, malah kekuatan mereka bagi melambangkan kehebatan dan pendirian parti masih lagi samar-samar... masih berada di tahap bawahan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Amanah tidak perlu bersaingan untuk membuktikan parti mereka lebih islamik daripada Pas, dan berlumba-lumba untuk menjadi lebih Melayu daripada UMNO. Tindakan tersebut tidak membuktikan bahawa parti mereka lebih juara dalam politik.

Kan lebih bagus jikalau Amanah menerapkan sikap yang lebih inklusif dan mengamalkan perkata-perkara yang boleh mendatangkan  ‘Rahmat untuk semua’.... jangan terlalu taksub untuk mengejar dunia politik yang dianggap sebagai lambang kehebatan.

Tidak perlu takut dan menjadi macai kepada realiti politik sedia ada sebaliknya Amanah perlu terus bangun dan membuktikan bahawa mereka mampun untuk berdiri atas kaki sendiri seperti yang ditunjukkan oleh parti Pas dan UMNO.

Jangan terlalu terperuk dan hanya tertumpu kepada sesuatu perkara yang memudahkan sahaja... Perlu berani untuk mengharungi risiko dan jangan terlalu tertumpu kepada mentaliti perkauman sempit, pemikiran agama dogmatik dan taksub kepartian kepada politik advokasi dasar serta penyertaan pembentukan negara.

“Masyarakat Cina mengundi atas ketidaksetujuan mereka kepada kebejatan tatakelola kewangan negara manakala pengundi Melayu mengundi atas ‘kebimbangan’ kuasa Melayu akan ‘terhakis’ jika undi pembangkang, walaupun mereka tahu salah tadbir kewangan yang berlaku.

“Sampai bila pemikiran pengundi ini hendak dibiarkan membuat penentuan politik sehingga akhirnya pola perkauman akan terus membawa politik negara kepada berantakan dan permusuhan kaum berpanjangan?” soalnya.

Rumusan tersebut dibuat setelah Amanah terpaksa berdepan dengan kekalahan memalukan setelah bertanding empat penjuru bersama parti UMNO, Pas dan Bebas. Jelas walaupun Amanah mendapat bantuan dari parti lain namun mereka tetap terpaksa berhadapan dengan kekalahan.

Di Sungai Besar, BN menang dengan 18,600 undi, diikuti Amanah (7,609 undi) dan PAS (6,902 undi). Manakala Kuala Kangsar pula menyaksikan Amanah berada di tempat ketiga dengan 4,883 undi selepas BN (12,653 undi) dan PAS (5,684 undi). -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top