0

Nampak sangat yang anggota Parti Amanah Negara (PAN) langsung tidak menghiraukan hukum agama, bahkan dorang dilihat lebih mementingkan hukum di dunia.

Teruk betul, penolakan mereka terhadap hukum Allah lebih jelas apabila mereka mendakwa PAN  tidak menentang undang-undang hudud tetapi katanya hukum hudud yang menjadi tuntutan agama Islam itu, seharusnya tidak menjadi keutamaan di bawah undang-undang syariah.

Apa yang lagi penting bagi PAN selain daripada hukum Allah itu adalah menangani isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Isu itu yang sepatutnya jadi nombor satu dalam carta negara Malaysia dan di bawah undang-undang Syariah, kata Ketua AMANAH Perak, Asmuni Awi.

"Mengapa soalan hudud yang dimainkan sangat, yang dikehendaki sangat. Sedangkan hudud itu sebahagian daripada tuntutan syariah.

"Tuntutan syariah tidak hanya tertumpu kepada hudud, ia termasuk membasmi rasuah, keadilan sosial, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik.’’ katanya.

Asmuni berkata demikian, ketika menjawab soalan bahawa parti itu masih belum membuat pendirian berhubung hudud dalam pilihan raya kecil.

Aikkkkk.... Apa kena mengena hukum hudud yang mahu dilaksanakan dengan rasuah?? Rasuah kan sudah ada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), tahu la dorang nak buat kerja dorang. Salah ke kalau hukum syariah negara kita ni diperketatkan?? Lagi pun untuk orang Islam je.

Kalau iye pun perangai tu jahil sangat, sampai tak tahu pasal hukum agama Islam... Setidaknya jangan la dok tonjolkan pada orang ramai sangat yer!! - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top