0

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad menuduh bekas partinya, Pas akan membantu Barisan Nasional merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Khalid Samad, ia berdasarkan sikap parti Islam itu yang tetap berkeras untuk terus bersendirian dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada PRU nanti.

Alahai Khalid Samad... Yang korang nak sibuk hal Pas lagi ni dah kenapa?? Korang tak boleh nak 'move on' tanpa Pas ke, yang duk sibuk pasal Pas nak berkerjasama dengan Barisan Nasional??

Khalid Samad berkata, Pas kini sudah tersasar jauh apabila parti Islam itu kini lebih menumpukan untuk menumbangkan Pakatan Harapan berbanding menumbangkan Barisan Nasional.

"Pas tidak begitu kisah sama ada Barisan Nasional jatuh atau tidak. Yang penting bagi Pas sekarang adalah DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan.

"Kalau Pas inginkan kemenangan sekaligpun, ia bukan untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Kalau menang sekalipun tidak semestinya Pas akan bersama Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan," kata Khalid Samad.

Biarlah Pas nak bekerjasama dengan sesiapa pun... Lagipun Pas pun dah 'single'... Bukan kepunyaan Pakatan pembangkang pun... Nampak sangat laa Pakatan Harapan masih memerlukan Pas lagi... Mesti Pakatan Harapan dah nampak kekuatan Pas bila berseorangan dalam pilihan raya kecil baru-baru ni kan??

PAN jangan duk bermimpi laa nak tengok nak tengok Pas nak kembali berada Pakatan pembangkang tu... Taubat Pas takkan kembali ke pangkuan Pakatan... Pas takkan biarkan benda yang sama berulang kembali... PAN kena ingat tu.

Dalam masa sama, Khalid Samad turut menuduh bahawa Pas yang akan membantu Barisan Nasional merampas kembali Selangor, berkemungkinan akan membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional di negeri itu.

"Mungkin sekiranya terpaksa, Pas juga tidak keberatan untuk membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional," katanya.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top