0

"Saya bagi pihak seluruh jentera Amanah amat menghargai usaha Tun Mahathir dan isteri serta pasukan Deklarasi Rakyat yang berganding bahu bersama untuk selamatkan Malaysia dalam kempen PRK baru-baru ini. Terima kasih Tun Mahathir1" kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Mak aiii PAN.... Sampai cam tu haa duk jilat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.... Walaupun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAN tetap berterima kasih kepada Mahathir.

Kalau diikutkan, tak perlu pun nak berterima kasih kat Mahathir tu... Bukannya PAN menang pun dalam dua PRK yang berlangsung serentak tu sampai perlu berterima kasih... PAN dapat undi pun bukan atas sokongan Mahathir... Dapat undi atas sokongan Pakatan Harapan.

Bila PAN duk berterima kasih terhadap Mahathir dan menghargai pengorbanan Mahathir membantu kempen PAN dalam dua PRK ni.... Nampak sangat PAN ni lebih memerlukan Mahathir dari rakan sekutu PKR dan DAP.

Mana taknya.... PAN cuma berterima kasih kepada Mahathir kerana berkempen untuk calon mereka... Tak ada pula PAN nak berterima kasih kepada PKR dan DAP yang turut sama turun padang berkempen untuk calon PAN.

Ohh lupa... PAN ni parti kayu... Mana tahu sangat dalam segala hal... Tu yang 'kayu' pergi ucap terima kasih kepada kat Mahathir jer... Kononnya undi yang dapat lebih kurang Pas tu datangnya dari penyokong Mahathir.... Hahaha.

Rasanya eloklah PKR tendang saja PAN ni dari Pakatan pembangkang... PAN ni bukan boleh pakai pun... Karang, kalau Pakatan Harapan berjaya tawan Putrajaya pada PRU akan datang.... PAN akan kata tu semua hasil bantuan dari Mahathir... Tak naya ka??? Hahaha.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top