0

PAN yang kini menjadi anak didik DAP atau sebenarnya hanya kuda tunggangan DAP ni dah mula ikut rentak politik yang sering diamalkan oleh puak DAP. Sikap yang di tunjukkan oleh PAN ni dah macam 'bapa borek anak rintik'.

Dah lama kita tengok puak DAP ni, memang corak politiknya langsung tak berubah, asyik benda sama je, tabur fitnah sana sini kononnya nak tunjuk baik daripada kerajaan BN. Dah lama taktik kempen benci kerajaan ni, rasanya cara ni pun dah lapuk dek zaman.

Korang tahu tak, disebabkan PAN ni  asyik ikut je telunjuk DAP jadi cara berpolitik pun mesti la sama. Patutlah PAN sekarang ni dah pandai cipta politik kebencian untuk menyemai ke dalam otak rakyat yang kerajaan ni semuanya buruk, kononya pihak pembangkang je yang ambil berat dan prihatin kepada rakyat.

"Setelah 60 tahun merdeka, budaya menyemai kebencian supaya orang Melayu benci orang Cina, orang Cina benci orang Melayu atau bencikan orang India adalah tidak sesuai lagi ", kata DS Mahdzir Khalid

Mungkin, PAN ni terhutang budi dengan DAP sebab jadikan impian PAN nak masuk PRK berjaya, jadi sekarang ni kena ikut jela semua cakap DAP. Semasa berkempen mendekati rakyat pun PAN guna populariti pemimpin DAP ni jugak, kalau harapkan PAN memang kaum cina tak layan.

Dalam pada itu, politik DAP yang kini diguna pakai oleh PAN tidak menjamin kemenangan mereka untuk PRK kali ni, sebab rakyat hanya mahukan keharmonian dan mahu menolak politik kebencian serta hasutan pihak pembangkang yang hanya mengamalkan pentadbiran jumud.

Kalau dah rasa pembangkang sendiri hebat tidak perlu nak tabur fitnah atau kempen berbaur ugutan kepada rakyat, lawan la kerajaan BN dengan telus, tu pun kalau berani la...rasanya selama ni memang pembangkang hanya cakap kosong je. -Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top