0

Pakatan Harapan nampaknya masih memerlukan Parti Islam pas untuk dijadikan boneka dan macai bagi membolehkan mereka dipergunakan untuk kepentingan Pakatan itu sendiri. Nampak tak yang sebenarnya Pakatan Harapan tak boleh berjaya jika tanpa sokongan Pas.

Oleh disebabkan itu, Pakatan Harapan sekali lagi menghulurkan kerjasama dan mempelawa Pas untuk kembali ke meja rundingan kononnya demi kebaikan bersama. Elehhhhh... lepas kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru la Pakatan Harapan sibuk nak pujuk Pas.

Kononnya kekalahan Pas kepada Amanah di Sungai Besar melambangkang betapa pentingnya parti islam itu untuk bergabung dengan pakatan pembangkang kembali... Lepas tu guna nama rakyat. Acah-acah yang rakyat mahu Pas kembali sebab nak tengok gabungan parti pembangkang kembali utuh.

"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan Pas dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu,” kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar di sini, semalam. Bukan itu sahaja, ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut menyokong cadangan yang diberikan Salahuddin. Malah DAP juga tak kisah kalau nak berbaik dengan Pas.

Haaaaa... Elok sangat la tu padahal korang cuma nak mempergunakan Pas dan meraih sokongan undi yang dimiliki Pas demi kepentingan mereka je. kalau Pas bersetuju maka mereka hanya akan dipergunakan sahaja tanpa diberi peluang yang sama rata untuk bertanding. Kalau dah hebat sangat lawan jela empat penjuru.

"Jika Pas tak nak kalah perlu elak pertandingan seumpama ini. Kita sentiasa terbuka, tetapi Pas perlu ikhlas," katanya.

Tak tahu la sama ada Pas masih percaya dengan janji-janji manis pakatan ni atau tak... kalau dorang terjerat dengan ayat manis pakatan ni nampak sangat yang pas sebenarnya tak serik kena tipu dan rela dipergunakan. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top