0

Dengar kata parti Islam Pas berkemungkinan akan merajuk dan tarik kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihanraya kecil ini. Betul ke dakwaan tersebut??

Mana tidaknya, hubungan ‘kesepakatan’ dari jarak jauh dijangkakan bakal berakhir dan menemui titik noktah selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Korang ingat lagi tak bagaimana kepercayaan Pas terhadap PKR telah dikoyak ekoran PKR membuat keputusan untuk menyokong Parti Amanah Negara (Amanah). Sebelum ini Pas beriya-iya canang berita konon PKR akan membantu mereka dalam PRK, tapi last-last apa yang jadi.

Menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, sememangnya sangat jelas sekarang ini PKR telah memihak kepada Amanah, jika hendak dibandingkan dengan Pas. PKR sebelum ini bergantung pada Pas bagi meraih sokongan walaupun parti Islam itu tak lagi bersama pakatan.

“Saya rasa PKR akan merasai beban atau kesan jika parti itu benar-benar ‘berpisah’ dengan Pas.

“Ini kerana Pas memegang sokongan majoriti masyarakat Islam dan Melayu. Kalau undi Amanah lebih banyak daripada Pas, mungkin tak apa,” katanya.

Sebab tu la Pas sangat bermakna bagi PKR dan parti pembangkang yang lain... Kalau takde Pas pastinya dorang tak akan mampu untuk berdiri atas kaki sendiri dan meraih kemenangan berlandaskan kekuatan dan kononnya kehebatan mereka sendiri.

PKR juga takut Pas akan ‘putus cinta’ dan berpisah dengan mereka... Kalau takde Pas pastinya mereka akan terkontang kanting dan tidak mampu untuk memperoleh kemenangan dalam  menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
“Bila berlaku perpecahan macam ini (pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar, empat penjuru di PRK Kuala Kangsar), PKR terus memilih untuk menyokong dan bersama Amanah.

“PKR kena ingat yang naiknya Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sebagai menteri besar pun disebabkan oleh sokongan daripada Pas. PKR juga kena ingat bahawa Pas lebih disokong masyarakat Melayu berbanding Amanah,” katanya lagi. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top