0

Pas Selangor mengakui keputusan Pilihanraya Kecil Sungai Besar semalam menunjukkan parti itu tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya umum ke 14 jika turun bersendirian.

"Kita tidak mampu jika turun bersendirian," kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun yakin parti itu mampu memulihkan keaadaan jika mengukuhkan pakatan dengan pihak lain seperti yang telah diusahakan melalui pembentukan blok ke 3.

"Kita akan perkasakan blok ke 3 bukan sekadar dengan Ikatan tetapi juga pihak-pihak lain kerana realiti di Selangor kita tidak boleh bersendirian," katanya.

"Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain,” katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar. Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.

Iskandar yang juga Naib Presiden Pas berkata blok ke 3 akan diperluaskan untuk disertai bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Keputusan PRK semalam meletakkan BN mengekalkan kerusi Sungai Besar melalui calonnya Budiman Mohd Zohdi yang mendapat 16, 800 undi, diikuti Parti Amanah Negara (Amanah) dengan 7,609 undi dan PAS (6,902).

Budiman selepas diumumkan menang mengakui beliau daripada awal optimis akan menang dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menyangka akan memperoleh majoriti sebesar diterimanya, iaitu 9,191 berbanding 399 sebelum ini.

“Kita bermula majoriti 399, sebab itu saya selesa sebagai underdog.

“Saya terkejut majoriti sangat besar,” katanya.

Post a Comment

 
Top