0

Selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kehangatan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin terasa bahangnya.... Ramai yang ternanti-nanti bila PRU14 akan diadakan.

Pas yang kini tidak lagi bersama Pakatan pembangkang dan bergerak sebagai blok ketiga parti pembangkang dilaporkan telah bersiap sedia untuk bertempur dalam PRU akan datang.

Pas dilaporkan sudah menyiapkan para jenteranya dan senjata dalam kempen PRU akan datang bagi memastikan Pakatan Harapan yang sering menjadikan Pas sebagai mangsa akan tewas dalam PRU kali ini.

Amboi Pas.... Awal betul buat persediaan nak hadapi PRU ni... Betul tak sabar nak kalahkan Pakatan Harapan ni.... Hahaha... Tahulah Pas masih berdendam dengan DAP dan PAN dalam Pakatan tu... Tapi bawa-bawalah bersabar.

Andy faham Pas tak sabar nak malukan Pakatan Harapan dalam PRU nanti... Tapi Pas kena laa bersabar.. Lagipun, Andy percaya yang Pas memang dapat kalahkan Pakatan Harapan dalam PRU nanti... Dalam PRK baru-baru ni pun Pakatan Harapan dah dikira tewas Pas.

Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob memaklumkan, Pas tidak gentar dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi PRU14 yang dijangkakan diawalkan ekoran kemenangan selesa Barisan Nasional dalam PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

"Sebagai parti politik Pas sentiasa bersiap sedia untuk ke arah itu di mana kita sebenarnya sudah mula buat persediaan sebaik sahaja PRU13 berakhir. Kalau betul tahun depan kita tak ada masalah," kata Ahmad Yakob.

Ok laa kalau Pas dah bersiap sedia menghadapi PRU akan datang dan tak sabar nak kalahkan Pakatan Harapan... Tapi satu jer nak ingatkan... Pas jangan duk buat 'u-turn' last-last minit pula... Pas ni bukannya betul sangat pun!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top