0

PAS sekali lagi menolak ‘lamaran cinta’ daripada parti DAP yang mahu kembali duduk semeja dengan parti Islam tersebut. Penat sungguh noh nak pujuk PAS ni supaya kembali kepada Pakatan Harapan haha! Kesian DAP meroyan cinta ditolak.

Memang patut pun Pas menolak lamaran DAP untuk duduk semeja dengan dorang... Sebab kalau duduk semeja setakat jadi khadam dorang je buat apa kan. PAS Kelantan menyatakan sebulat suara menyokong keputusan pemimpin PAS Pusat yang tidak mahu mengadakan rundingan lagi dengan DAP.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi memberitahu bahawa PAS masih lagi tidak dapat melupakan sikap tikam belakang DAP dan menjadi talam dua muka, menghasut pemimpin PAS yang lain ketika PAS dilanda krisis dalaman sehingga tertubuhnya parti baharu.

Bukan itu sahaja, DAP juga menolak sekeras-kerasnya dan tidak menghormati cadangan serta tindakan yang dilaksanakan oleh PAS khususnya berkaitan hak umat Islam. Ala kes yang DAP menentang hudud tu... Akibat itu PAS masih lagi tidak dapat memaafkan DAP.

"Kami masih ingat sepanjang kami berkawan dengan DAP dahulu sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak sepatutnya menjadi penghasut sehingga memecahbelahkan PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis Makan Colek Bersama Media di Kota Bharu, malam tadi.

Sebelum ini, parti DAP dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor  berusaha untuk memujuk PAS supaya kembali menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Nampak sangat yang dorang tak mampu untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14. Dorang tak boleh menang jika tanpa pengaruh PAS.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top