0

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang telah dipecat dari Pas sebelum ini mendakwa, beliau mempunyai hati untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti serpihan Pas.

Husam Musa ni sembang jer kata masih ahli Pas dan sayangkan parti Islam terbesar tu... Tapi dalam hati duk nampak warna 'oren'... Bak kata pemimpin-pemimpin PAN, Husam ni dah dikategorikan sebagai 'harum manis'... Luar hijau, dalam oren.

Kalau betul Husam Musa masih seorang ahli Pas... Takkan lah Husam Musa sanggup turun ceramah atau program anjuran PAN.... Nampak sangat kat situ yang Husam Musa bukan berjiwa hijau dah.

Menurut Husam Musa, beliau masih merupakan ahli Pas walaupun telah dipecat dari parti Islam tu dan masih belum memutuskan untuk menyertai PAN.... Tetapi, beliau mempunyai hati untuk menyertai parti Mat Sabu itu.

Ekoran Husam Musa mendakwa bahawa dirinya mempunyai hati untuk menyertai PAN,  Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad tampil menyentuh hasrat Husam Musa itu dengan mengatakan Pas tidak menghalang niat Husam itu.

Menurut Iskandar Samad, Husam Musa kini boleh menentukan parti mana yang ingin disertainya kerana penyertaan Husam tidak meninggalkan kesan terhadap Pas memandangkan Husam Musa bukan lagi ahli Pas.

"Husam bukan ahli Pas lagi dan terpulang kepadanya nak sertai parti mana pun termasuk Amanah," kata Iskandar Samad.

Pada 6 Mei lalu, Husam Musa telah dipecat dari Pas kerana lantang mengkritik pimpinan parti serta mengkritik Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang...Selepas dipecat, Husam merayu supaya pemecatannya ditarik semula atas sebab alasan yang digunakan Pas tidak boleh diterima - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top