0

Setelah penat bermain teka-teki... Parti Islam Pas mendedahkan bahawa mereka tidak pernah sesekali terlintas untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan. Bukan itu sahaja, hasrat Pakatan Harapan untuk melamar Pas bagi menjalinkan kerjasama juga ditolak mentah.

Nampak gayanya, Pakatan Harapan kini sudah terdesak dan terpaksa juga merendahkan ego mereka bagi memujuk Pas untuk kembali bersama mereka. Iyela dorang mana mampu menang pilihanraya jika tanpa bantuan Pas... Nak harapkan Parti Amanah Negara (PAN) hmmm memang takde guna pun.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan dan keputusan yang dibuat tersebut adalah muktamad! Namun begitu, PAS masih belum memuktamadkan agenda perbincangan dan post-mortem selepas keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Dalam mesyuarat bulanan, kita bincang isu semasa. Itu belum agenda, tapi mungkin benda (perkara) ini akan timbul,” ujarnya.

Mohd Amar turut mengulas mengenai  kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sekarang ini secara terang-terangan telah menunjukkan sokongan mereka hanya kepada  calon Amanah di dua pilihan raya berkenaan.

 “Ya, kita tahu itu (sokongan PKR kepada Amanah). Kita tengok, kita bukan tidur”katanya.

Entah muslihat apa yang mahu digunakan Pakatan Harapan, sebabnya selepas dua PRK berkenaan PAN  sekali lagi mempelawa PAS menyertai Pakatan Harapan.Pakatan Harapan ni sebenarnya tak boleh nak mempergunakan PAN sebab PAN kekurangan pengaruh terhadap undi Melayu. Jelas nampak yang parti serpihan Pas tu langsung tidak boleh menggantikan Pas.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak semua parti pembangkang untuk kembali berunding bagi menyusun strategi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top