0

Makin laku pula anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mukhriz Mahathir ni.... Dah macam jualan gudang pula lepas-lepas kena pecat dari Umno ni... Sebelum ni, Parti Amanah Negara (PAN) sorang je yang nakkan Mukhriz... Tapi sekarang Pas pula nakkan Mukhriz.

Dasyat betul Mukhriz ni... Walaupun mempunyai masalah dalam parti Melayu... Tapi masih laku dalam parti Islam... Ilmu apa yang dipakai Mukhriz gamaknye ni... Sampai tak nampak buruk dia langsung... Hahaha.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempelawa Mukhriz untuk menyertai parti Islam itu dan akan ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya Pas berjaya menawan negeri itu.

Pelawaan dan tawaran yang dibuat Tuan Ibrahim itu sebagai satu cabaran kepada Mukhriz apabila bekas Menteri Besar Kedah itu mendakwa bahawa Umno dan Pas kini bersengkokol dan Umno akan memberi 3 buah negeri kepada Pas untuk memerintah termasuk negeri Kedah.

Disebabkan dakwaan tersebut, Tuan Ibrahim mempelawa dan menawarkan jawatan kepada Mukhriz kerana Pas tahu Mukhriz kini sedang berdendam dengan Umno selepas dipecat dari parti itu Jumaat lalu.

"Beliau kena masuk Pas baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. Hal ini kerana beliau akhirnya dapa menumpaskan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar," kata Tuan Ibrahim.

Kesian betul si Mukhriz ni.... Makin meroyan pula lepas-lepas kena pecat ni... Meroyan pula macam bapa dia, tah apa-apa yang dicakapnya... Boleh kata Umno nak bagi 3 buah negeri kat Pas... Umno dan Pas dah pun pakat benda-benda ni.

Alahai Mukhriz... Kalau meroyan sebab kena pecat pun... Bawak-bawaklah mengucap... Jangan duk tuduh melulu sehingga boleh buat orang ketawa... Hahaha... Nak tuduh tu, biarlah berpada-pada.

Kalau betul Umno nak bagi 3 negeri yang disebut-sebutkan Mukhriz tu... Awal-awal lagi Umno dah bagi... Tak payahlah Umno susah-susah nak rampas semula Kedah pada PRU lepas dan bagi peluang kepada 'boboi' Mahathir ni jadi Menteri Besar... Buang masa jer tu!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top