0

Alahai... Pakatan Harapan dan Pas tak habis-habis lagi ker duk cari siapa punca parti pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar?? Macam budak-budak kecil laa pembangkang ni... Patutlah susah nak memerintah negara... Hahaha.

Pakatan Harapan duk salahkan Pas kata Pas berdegil sebab nak masuk bertanding dalam PRK ni juga... Bukan tu saja, dituduhnya pula Pas masuk bertanding sebab mahu membantu Umno/Barisan Nasional menang dalam PRK ni.

Jadi tak faham pula.... Pas masuk bertanding pun dituduhnya Pas mahu membantu Umno/Barisan Nasional... Kalau Pas tak masuk bertanding boleh laa dikatakan mahu membantu... Ni masuk bertanding dikatanya nak membantu... Memang tak faham betul dengan Pakatan Harapan.... Pakai istilah apa pun tak tahu laa.

Ingat bila Pakatan Harapan tuduh Pas punca parti pembangkang kalah, Pas akan diam... Rupa-rupanya Pas lagi lantang... Tapi Pas tak salahkan Pakatan Harapan... Pas salahkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jer.

Menurut Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sokongan terbuka Azmin Ali kepada calon Parti Amanah Negara (PAN) menjadi punca kekalahan Pas dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Dalam masa sama, Tuan Ibrahim turut memaklumkan bahawa tindakan Azmin Ali menyokong calon PAN mengkhianati hubungan baik Pas-PKR yang masih menjalinkan kerjasama sehingga ke hari ini.

Oleh demikian, Tuan Ibrahim memberi amaran kepada Azmin Ali supaya menjaga hubungan baik Pas-PKR dengan menghormati kerusi Pas pada pilihan raya akan datang. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top