0

Puasa dah masuk minggu kedua, raya pun tak lama lagi jer.. Sekarang ni pasti ramai sibuk dok mencari barangan untuk persiapan raya seperti baju, kasut, tudung dan banyak lah lagi.. Kalau ada rezeki lebih tu, pasti akan ada yang menukar perabut baru.. Betul tak?? Hihiii..

Kesibukan mencari barangan persiapan untuk raya ni, ada pulak sepasang suami atau kekasih ni kantoi mencuri pakaian di sebuah kedai baju dalam pasaraya Tesco E Gate, Penang baru-baru ni.. Beraninya dorang mencuri secara terbuka macam tu yer!

Inilah kelemahan kedai yang tak ada safety macam tu, mudah dimasuki.. Aksi pasangan tu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), dalam rakaman tu menunjukkan pasangan tu seperti pelanggan biasa yang datang untuk membeli barangan di situ..

Patutlah dorang asyik berulang alik berapa kali depan kedai tu, rupanya untuk memastikan tiada siapa dalam kedai tu.. Bila dah pastikan tiada siapa dalam tu, wanita bertudung tu pun mengambil ‘peranan’ lah masuk ke dalam..

Si lelaki pulak menunggu di luar untuk ‘cover line’.. Miss lihat wanita tu sempat mencuri beberapa pasang baju dalam kedai tu sebelum dorang beredar dari situ..  Buruk betul lah perangai.. Haisssh!

Lepas ni kedai macam tu kena pasang safety lah untuk mengelak kejadian macam tu berulang lagi.. Ingat yer, mencuri adalah satu perbuatan yang tak baik dan hasil curi tidak akan mendapat keberkatan sampai bila-bila.. Kalau nak sesuatu tu buat lah secara halal, jangan dok cari ‘penyakit’! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top