0

Ramainya ‘setan’ terlepas dirantai yer, masih ramai yang berleluasa di luar sana dan giat melakukan perbuatan sumbang.. Tak kira bulan puasa atau tak, giat jer dorang ‘bekerja’.. Macam pasangan tak ada adab dan malu kat atas tu, mesin ATM tu lah menjadi saksi cinta dorang..

Tolong ‘doakan’ kebahagiaan dorang sampai jahanam yer! Berbulu jer mata Miss tengok gelagat sumbang dorang tak tahu malu tu, sakan dorang berpelukan mesra macam tu tanpa segan silu..

Inilah jadinya bila malu tu dah dicampak entah ke mana, tak kira lah kat mana dorang berada akan selamba jer melakukan kegiatan tak bermoral macam tu.. Dah lah kat mesin ATM kebiasaannya ramai orang, dorang pulak selamba buat ‘drama’..

Korang tengok jer lah gambar di atas tu, si lelaki baik punya melentok kepala dan peluk macam tak nak lepas jer si perempuan.. Minah tu dah lah bertudung, merosakkan imej wanita bertudung jer.. Tak tahu malu langsung!

Kalau bangsa lain melihat perbuatan pasangan tu, entah apa yang dorang fikirkan lepas melihat pasangan sengal tu.. Sudah pasti dorang fikir pasangan tu tak tahu malu punya!

Kalau pasangan ni suami isteri, baik balik rumah jer lah nak bermesra macam tu.. Tak payah lah nak buat 'drama' sangat di tempat umum, memalukan jer dok menunjuk secara terbuka dan tolong hormat orang sekeliling sama yer..

Orang lain tengok akan berbulu jer, bukan sebab jeles tapi menyampah! Tapi kalau bukan suami isteri tu, memang minta kaki ke muka lah yer! Itu dah melampau sangat dok berkelakuan sumbang macam tu.. Dasar tak tahu malu punya orang! Haishhh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top