0

Alahaiiii! ‘Untung’ lelaki sekarang, tak perlu terburu-buru nak nikahi seseorang perempuan untuk merasa macam mana kehidupan sebagai suami isteri.. Yela, takat bercinta biasa-biasa pun, dah boleh buat macam-macam tanpa batasan lagi..

Dorang pulak melebih-lebih macam sepasangan suami isteri yang sah.. Itulah yang Miss nampak setengah pasangan couple sekarang ni, tanpa segan silu menunjukkan kemesraan dorang tak kira masa dan tempat..

Tak kisah lah depan khalayak ramai pun, dorang selamba buat ‘drama’.. Berbulu jer mata bila melihat pasangan sengal yang tak ada adab macam tu! Lebih teruk tu bila perasaan malu tu betul-betul dah hilang dalam diri sampai sanggup muat naik gambar mengaibkan diri sendiri di media sosial..

Menjadi masalahnya tu bila seorang perempuan tu terlalu ‘bermurah hati’.. Si lelaki apalagi, lagi suka lah bila dapat seorang perempuan ‘pemurah hati’ macam minah kat atas tu.. Senang nak mengambil kesempatan!

Halal dan haram bukan dorang kisahkan lagi.. Kononnya dengan cara ‘mesra alam’ macam tu lah dapat mengeratkan lagi hubungan dorang.. Korang lihat jer lah pasangan di atas tu, ‘sweett’ sangat! Miss tengok reaksi muka minah tu, suka jer dapat kiss mesra macam tu dari boyfriendnya..

Kapsyen yang dimuat naik sekali tu mengatakan dorang tak lama lagi akan menjadi suami isteri dan minta orang lain mendoakan jodoh dorang berpanjangan.. Sedar pun belum kahwen tapi pergaulan dorang tu dah mengalahkan pasangan yang dah kahwin.. Mesra terlampau! Haishh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top