0

Selepas diserang dan dituduh cuba berbaik dengan Umno, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya mengakui bahawa parti Islam itu sedang berbaik-baik dengan parti Melayu terbesar.

Seperti yang diketahui, Pas yang enggan bekerjasama dengan pemimpin pembangkang serta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat yang bertujuan untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dikecam hebat oleh parti-parti pembangkang dan Mahathir.

Mereka menuduh Pas tidak lagi seperti Pas dibawah pimpinan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat kerana Pas dibawah pimpinan Hadi kini lebih terjerumus untuk bekerjasama dengan Umno.

Hairan pula Anyd kenapa pemimpin pembangkang dan Mahathir begitu sakit hati melihat hubungan yang mahu dibina antara Pas dan Umno.... Adakah parti pembangkang dan Mahathir tidak boleh melihat parti Melayu dan Islam bersatu??

Menurut Hadi, walaupun hasrat Pas mahu berbaik-baik dengan Umno ditentang hebat oleh Parti Amanah Negara (PAN), Pas tetap mahu meneruskan kerjasama ini dan Pas juga mahu berbaik dengan DAP demi meraih undi.

"Dia (Amanah) susah kalau kita nak baik dengan Umno. Kalau tak baik dengan Umno macam mana nak suruh orang Umno undi kita. Kena baik dengan dialah. Nak suruh berbalah dengan Umno, DAP pun kita nak baik.

"Biar orang DAP undi kita, kita baik dengan semua. Yang tak baik kita bangkang . Itu pendekatan kita," sindir Hadi dalam ucapannya dalam Forum Perdana di Ketior Manong.

Makin meroyan laa puak-puak DAP dan PAN bila dengar ceramah Hadi ni.... Mana taknya, Hadi dengan selambernya telah mengaku bahawa parti Islam itu sedang berbaik-baik dengan Umno.

DAP dan PAN bukan boleh tengok Pas nak berbaik dengan Umno.... DAP dan PAN cukup takut tengok Pas dan Umno bersatu.... DAP dan PAN tahu, kalau Pas dan Umno bersatu... Memang masaklah parti pembangkang nak dapatkan undi Melayu.... Sebab tu DAP dan PAN meroyan gila-gila Pas nak bersatu. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top