0

Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keraguan terhadap tender yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pemberian projek Terowong Dasar Laut.

Hmmm... Tak tahu nak cakap apa pasal kerajaan DAP Pulau Pinang ni... Banyak sangat melakukan penipuan... Kata jer dah buat tender secara terbuka, tapi hakikatnya tender tersebut tak dibuka pun... Kerajaan DAP Pulau Pinang dah ada orang untuk laksanakan projek kerajaan negeri.

Korang tak payah percayalah kalau kerajaan DAP Pulau Pinang kata dorang buka tender... Dorang akan buat tender tersebut... Tu semua auta pemimpin-pemimpin DAP untuk menipu dan mengelabukan mata rakyat.

Kita tengok tender terbuka kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai penjualan tanah Taman Manggis... Kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa, mereka menjual tanah tersebut dengan mengadakan tender terbuka bagi membina sebuah hospital swasta dan sebuah hotel bertaraf 5 bintang.

Tapi bila diselidik tender tanah Taman Manggis tersebut... Memang terdapat keraguan apabila syarikat yang berstatus muflis atau bahasa kampungnya, berstatus cap ayam mampu mendapat tender projek mega tersebut.

Bila dah terkantoi tu.... DAP Pulau Pinang mula lah pening nak cari alasan untuk menutup alasan mereka... Macam-macam alasan bodoh yang diberikan, sampai boleh dikatakan alasan yang diberikan memang alasan yang bodoh!!.

Terbaru ni, Presiden PCM mendedahkan tender terbuka projek mega dasar bawah laut yang dikatakan dibuat secara tender terbuka, dilihat menimbulkan keraguan apabila syarikat yang tidak layak mampu mengendali projek berkenaan dan syarikat yang masuk tender berkenaan dikatakan tidak layak.

Pasal pendedahan yang dibuat PCM ni...Andy memang tak nak cakap apa... Andy  memang percaya dengan pendedahan Huan ni... Memang terdapat keraguan dalam tender yang dibuat kerajaan DAP dibawah pimpinan Lim Guan Eng ni... Guan Eng ni memang raja putar belit!! - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top