1

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan terdapat 'sesuatu' dalam kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Disebabkan Apandi Ali merasakan terdapat 'sesuatu' dalam kertas siasatan tersebut.... Apandi Ali akan menyerahkan semula kertas siasatan tersebut kepada agensi untuk membolehkan siasatan lanjut diteruskan.

Bila Peguam Negara mengarahkan pihak SPRM melakukan siasatan lanjut.... Ini bermakna ada 'sesuatu' yang berkemungkinan bahawa Guan Eng bersalah dan siasatan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan Guan Eng benar-benar bersalah.

Sekiranya siasatan lanjut ini dilakukan dan terbukti Guan Eng melakukan penyelewengan dalam kes ini.... Maka Guan Eng akan diheret ke muka pengadilan sebagaimana yang terjadi kepada bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

Menurut Apandi Ali, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji kertas siasatan membabitkan penjualan banglo Guan Eng di Jalan Pinhorn dan mendapati terdapat beberapa siasatan lanjut perlu dilakukan.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, kami mendapati terdapat beberapa tindakan yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan.

"Bagi tujuan itu, Jabatan Penguan Negara hari ini mengembalikan kertas siasatan bagi membolehkan SPRM melaksanakan siasatan lanjut," kata Apandi Ali.

Sudah bersedia ke Guan Eng untuk diheret ke muka pengadilan??? Bau-bau mengatakan Guan Eng bersalah sudah dihidu... Tak sabar pula nak tunggu Guan Eng diheret ke muka pengadilan.... Jangan Guan Eng melarikan diri balik ke negara asal sudahlah yer. - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

  1. Kalau Umno ...wah hebat serta cekap SPRM biat kerja tapi kalai Dap ke Pkr ke pakai cincai je....untuk melambatkan masa contoh paling ketara kes Anwar liwat Ssaiful....itu sebab Ghani Patail tu..ada niat tak baik dengan kerajaan.

    ReplyDelete

 
Top