0

Beberapa hari lepas viral di media sosial bila netizen buat kempen ‘ Terajang cermin sisi kereta’.. Kempen itu mula heboh diperkatakan bila tersebar video beberapa penunggang motosikal terajang cermin sisi kereta yang gunakan lorong kecemasan kat highway..

Punca kempen tu mula dibuat pun bila berlaku kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Melaka yang akibatkan dua beradik meninggal di tempat kejadian bila ambulans lewat sampai kat tempat kejadian sebab lorong kecemasan sesak dengan kereta.. Pengguna kereta yang tak ada otak dan pentingkan diri dok guna lorong kecemasan sebab nak elak kesesakan lalu lintas..

Nampaknya salah seorang artis tempatan pun turut tertarik dengan kempen yang di jalankan.. Ingatkan artis tu tak bersetuju dengan kempen yang dijalankan netizen, pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim sebenarnya sokong u’olls semua dok buat kempen ‘terajang cermin sisi’..hahaha

Tapi, Pekin tahu ramai penunggung motosikal yang tak berani buat macam tu.. Nampak kasar tapi memang elok sangat dibuat pada pemandu kereta yang tak guna otak dok guna lorong kecemasan..

Iyerlah, pemandu yang dok guna lorong kecemasan tu dah bahayakan banyak nyawa.. Dah la membahayakan penunggang motosikal, malah akan menyusahkan pengguna lain yang betul-betul berada dalam kecemasan..

Jangan nak pentingkan diri sangat nak masuk lorong kecemasan.. Agak-agak kalau Pekin bawa motosikal jumpa pemandu masuk lorong kecemasan Pekin nak terajang cermin sisi kereta tak? Miss A dapat tahu penunggang motosikal yang terajang cermin sisi kereta pun akan dikenakan tindakan undang-undang..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top