0

Umur tidak menjadi penghalang untuk seseorang itu untuk menimba ilmu, betul tak?? Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki Jepun berusia 96 tahun yang telah mencipta kejayaaan tersendiri bila berjaya lulus kuliah pada usia itu..

Bagus noh, tua-tua macam tu masih ada semangat nak belajar lagi.. Tabik spring lah Miss kasi kat dia! Lelaki berkenaan yang dikenali Shigemi Hirata telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dari Kyoto Universiti of Art and Design pada awal tahun 2016..

Selain menggenggam segulung ijazah, dia juga menerima sijil Guiness World Record pada jumaat lalu sebagai manusia tertua lulus kuliah..

Hirata mengatakan keputusan melanjutkan pelajaran dalam jurusan Seni Seramik adalah keputusan sendiri.. Selain itu, Hirata dikatakan menjadi popular di kampus kerana kegigihannya untuk belajar diusia lanjut macam tu..

Berdasarkan sumber, Hirata mula serius dengan seni seramik selepas bersara dari bekerja keras selama 11 tahun sebelum dapat menyelesaikan kuliahnya..

Dia sudah memiliki empat cicit dan pernah berkhidmat sebagai tentera laut ketika Perang Dunia II dulu.. Maybe kisah Hirata ni, boleh menjadi semangat untuk korang belajar lebih bersungguh-sungguh yer.. - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top