0

Pelakon yang masih lagi baru dalam industri Falisha Crossley telah memilih untuk berhijab selepas tiga hari menjelang Ramadhan.. Disebabkan perubahan imejnya ini, Farisha dedahkan dirinya memang dah kurang terima tawaran lakonan..

Memang dah menjadi satu trend pelakon-pelakon wanita tempatan mula mengenakan hijab.. Miss A tengok pelakon lain mengambil keputusan untuk berhijab masih lagi terima tawaran lakonan.. Tapi, lain pulak yang dialami Farisha bila perubahan imejnya itu dah membataskan punca perncarian..

Sedar dirinya dah mula tak mendapat perhatian dari pengarah dan penerbit drama atau filem.. Farisha sebenarnya dah ada banyak lagi perancangan lain kalau perubahan imej berhijabnya ini betul-betul buatkan rezekinya dalam bidang lakonan sudah tertutup..

Pelan pertama yang akan diambil Farisha adalah untuk bergelar seorang akauntan.. Sebelum terlibat dalam industri hiburan, Farisha memang dah pernah bergelar seorang akauntan.. Pelan kedua yang difikirkan Farisha adalah untuk menubuhkan dan memberi perkhidmatan persekolahan tadika..

Elok sangat kalau artis tempatan buat beberapa perancangan lain kalau imej bertudung tak dapat diterima oleh sesetengah pihak.. Iyerlah, rezeki ada di mana-mana saja, bukan terletak pada tawaran yang diberi..

Bila berhijab dan tak dapat tawaran berlakon, mula pelakon ambik keputusan nak buka tudung semula sebab nak dapatkan tawaran.. Motif asal pelakon nak berhijab sebab apa sebenarnya? Bertudung sebab pengarah dan penerbit drama? - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top