0

Walaupun hampir 13 tahun telah berada dalam industri seni, pelakon Zoey Rahman masih lagi tak berjaya nak meraih populariti seperti artis lelaki tempatan lain.. Nak kata tak ada rupa, Zoey ni muka jambu je.. Kalau tengok drama atau filem tempatan memang susah nak tengok muka Zoey..

Mungkin dah tak mendapat sambutan ramai di industri seni tempatan, Miss A dapat tahu pelakon itu dah mencuba nasib untuk menjadi pelakon popular di negara seberang, Indonesia..

Menerusi sebuah media hiburan di Indonesia, Zoey dah ditemubual oleh media hiburan di sana.. Dalam temebual itu Zoey dedahkan nak mencuba nasib untuk kembangkan kariernya di Indonesia.. Tajuknya ‘Sukses di Malaysia, Zoey Rahman Coba Kembangkan Karir di Indonesia’..

Sukses ke Zoey kat Malaysia? Tak di nafikan sudah lama bergelar artis dalam industri seni.. Zoey boleh disifatkan sebagai seorang artis ‘sendu’.. Dalam temubual itu, Zoey berusaha cakap ‘slang’ Indonesia.. Motif Zoey usaha sekeras mungkin cakap ‘slang’ Indonesia dah kenapa?

Pelakon Indonesia yang masuk industri hiburan Malaysia seperti Baim Wong bila di temuramah masih lagi mantain je dengan bahasa ibunda.. Zoey nak kembangkan bakat di Indonesia terus cakap bahasa Indonesia..

Nak popular di Indonesia kena berusaha la cakap Indonesia.. Kat Malaysia tak popular kembangkan sayap ke negara seberang..hehehe.. Agak-agak Zoey boleh popular ke kat Indonesia? Jangan nanti dah popular jadi macam Ashraf Sinclair sudah, penat sebab berlakon Sinetron terlalu banyak episod, sampai 300, 400..hahaha.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top