0

Kalau tengok dari penampilan dan perwatakan pelakon Saharul Ridzwan nampak macam seorang pelakon yang tak akan lakukan sebarang masalah di set penggambaran.. Iyerlah, pernah keluarkan kenyataan di media tak mahu adegan bersentuhan dengan pelakon wanita.. Kiranya, pelakon lelaki yang baik atau 'alim'..

Kiranya Saharul seorang artis yang jenis tak akan timbulkan masalah kalau berurusan dengan dia la.. Tapi, ada khabar angin tak sedar didengar bila ada pihak memaklumkan sekali lagi datang lewat ke lokasi penggambaran..

Kalau dah sampai keluar cerita buruk pasal diri, Saharul bukan sekadar lewat 20 atau 30 minit tapi sehingga pihak kru produksi dan artis lain kena tunggu sampai berjam-jam.. Sebelum ini, seorang produser pun pernah dedahkan sikap Saharul yang selalu datang lewat ke lokasi penggambaran..

Kali ini, dah dua kali masalah yang sama tentang Saharul menjadi bualan.. Kalau tak ada angin tak akan pokok bergoyang, ye dak? Ada pihak dedahkan ppunca Saharul selalu datang lewat ke set penggambaran sebab Saharul jenis orang yang tidur mati..

Jenis orang yang kalau tidur mati kejut macam mana pun susah nak bangun.. Walaupun dah bising dan dikejut beberapa kali pun masih tak bangun, terbongkak kat atas katil.. Masalah tidur mati ni Miss A selalu juga dengar, memang kaum Adam selalu ada penyakit macam ni..hahaha..

Kalau dah ada penyakit macam ni memang elok sangat Saharul tu cepat kahwin.. Kalau susah sangat nak bangun bila dah kahwin nanti ada bini boleh tolong kejutkan.. Dah kejut tak bangun juga boleh bini tolong siramkan air kat muka.. Tak ada la istilah datang set penggambaran lewat..

Kalau dah jadi artis ni hidup kena tepati masa, jangan sebab kita tidur mati.. Ramai orang kena tunggu kita pulak, masa itu emas tambah pulak melibatkan lakonan.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top