0

Uolls ada tak yang kenal dengan seorang pelakon wanita yang mempunyai syarikat penerbitan sendiri dan juga bergelar penerbit drama?

Haa, Miss A nak cerita pasal pelakon wanita ini dah pun menipu duit seorang ahli perniagaan iaitu Zaidatul Azni Mohd Kasim.. Jumlah yang pelakon wanita itu dah tipu adalah RM141,000.

Zaidatul dah melabur wang itu sebab diyakinkan pelakon itu untuk hasilkan sebuah telemovie pada Mei 2014.. Sebabkan percaya dengan janji manis pelakon wanita itu Zaidatul dah melaburkan wang itu pada syarikat penerbitannya..

Pelakon wanita tu janjikan keuntungan pelaburan akan dapat bila tamat saja penggambaran telemovie tu.. Tapi, bila penggambaran telemovie tu dah tamat, keuntungan yang diperolehi Zaidatul hanya RM9,000 selepas setahun menunggu..

Bila minta semula duit modal yang dilaburkan pelakon wanita tu bagi macam-macam alasan.. Kononnya telemovie yang dihasilkan itu tak dapat bayaran dari syarikat penyiaran.. Padahal syarikat penyiaran dah pun bagi duit pada pelakon wanita tu..

Sebabkan dah tak boleh nak tahan lagi dengan perangai buruk pelakon wanita itu, Zaidatul dah pun buat laporan polis dan bawa kes ini ke mahkamah.. Tapi, masih tak dapat nak selesaikan sebab pelakon wanita tu langsung tak bagi kerjasama yang baik bila pihak mahkamah datang ke pejabat dan rumahnya..

Banyak pelakon wanita yang ada syarikat sendiri dan penerbit antaranya Erma Fatima, Ziela Jalil, Elly Suriati, Shile Rusly, A.Aida dan ramai lagi.. Kalau tak mahu orang lain kena tipu juga sebab melabur dalam syarikat pelakon wanita tu.. Dedahkan je nama sebenar pelakon wanita tu.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top