0

Sebentar tadi viral di media massa beberapa keping gambar dan video mendakwa pelawak Accapan sudah pun memeluk agama Islam.. Menerusi akaun Facebook pelakon Mustapha Kamal pun turut memuatnaik gambar serta status memaklumkan Accapan telah memeluk agama Islam..
 
Sempena Ramadhan ni, nama Islam Accapan adalah Muhammad Ramadhan.. Iyerlah, rakan artis Mustapha sendiri maklumkan Accapan dah memeluk agama Islam, memang ramai la yang percaya..
 
Sebenarnya gambar-gambar menunjukkan dirinya seperti sudah memeluk agama Islam dah diambil waktu dirinya menghadiri jemputan berbuka puasa di sebuah surau di Salak Tinggi.. Accapan dedahkan masih belum bersedia nak memeluk agama Islam, kalau betul Accapan bakal memeluk agama Islam, Accapan akan maklumkan pada umum..
 
Accapan mula mendalami Islam sejak mula berlakon dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam.. Tapi, Accapan minta bagi dirinya masa untuknya kearah itu dan jangan sebarkan fitnah yang tak betul..
 
Walaupun dapat berita dari rakan artis lain mendakwa dirinya sudah memeluk agama Islam, Accapan minta lebih baik dengar pengesahan dari mulutnya sendiri.. Sebabkan berita Accapan sudah memeluk agama Islam, banyak keluarganya yang menghubungi minta untuk diberi penjelasan soal pertukaran agama ini..
 
Apapun, semoga Accapan akan mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.. Sama-sama kita doakan di bulan mulia ini.. Buat masa ini pelakon Mustapha Kamal masih lagi tak keluarkan sebagai permohonan maaf kerana dah sebarkan berita fitnah tentang Accapan dah memeluk agama Islam.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top