0

Bila membuang air kecil atau besar mengeluarkan benda yang pelik-pelik, bikin tuan punya badan seram jer.. Betul tak?? Itu yang terjadi pada seorang wanita berusia 50 tahun yang mengadu air kencingnya mengandungi cacing selama tiga bulan..

Doktor pun pelik dengan kejadian yang menimpa wanita dari South Carolina tu.. Selain mengalami kencing mengandungi cacing, wanita tu jugak dikatakan mengalami kesakitan yang amat ketika membuang air.. Korang lihat jer lah gambar di atas tu, itu lah cacing yang keluar bersama air kencingnya.. Scaryy jer tengok!

Doktor yang merawatnya meminta sampel air kencing wanita tu dan dorang terkejut beruk bila menemui cacing sepanjang 0.5 cm berwarna hitam dan boleh dilihat oleh mata kasar.. Dari mana lah cacing tu datang yer?? Besar pulak tu!

Kalau korang nak tahu ‘sakit’ yang dialami wanita tu sebenarnya adalah larva, bukannya cacing.. Wanita tu disahkan menghidap myasis dan keadaan ni berlaku pada dorang yang minum air yang tercemar dengan telur lalat..

Tapi kebiasaannya keadaan tu berlaku di bahagian kulit, mata dan saluran hidung jer.. Jangkitan pada air kencing tu satu keadaan yang luar biasa lah..

Keadaan tu jugak biasanya berlaku di negara membangun dan disebabkan wanita tu menghidap kencing manis maka ia dikaitkan dengan sistem imun yang lemah dengan kapasiti yang kurang untuk melawan jangkitan dan parasit..

Wanita tu sendiri pun tak tahu macam mana jangkitan tu boleh berlaku.. Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor memberikan ubat ivermectin bagi merawat pesakit yang dijangkiti parasit dan seminggu selepas tu kencingnya tak lagi mengandungi larva.. Seriauuu kalau jadi macam tu noh! Huhuu.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top