0

Kalau nak melepaskan ‘angin’ ni, ia datang tak dijangka.. Kalau ditahan, tak baik pulak untuk kesihatan.. Betul tak??

Tapi kalau kentut pun dianggap satu kesalahan, itu dah tak munasabah langsung! Itulah yang terjadi kepada seorang pemain divisyen tujuh Liga Sweden bila dilayangkan kad merah gara-gara kentut di padang..

Munasabah ke kena layang kad merah sebab tu jer?? ‘Insiden’ tu berlaku ketika pemain dari kelab Pershagen SK yang bernama Adam Lindin Ljungkvist, 25 tu mempertahankan kelab Pershagen SK semasa melawan Jarna SKB.. Adam mengatakan masa tu dia sakit perut, itu yang membuat dia terkentut..

Tapi pengadil tiba-tiba datang kat dia, lalu memberi kad kuning dan kemudiannya pulak kad merah dilayangkan.. Agaknya pengadil tu tak tahan nak bau kentut busuk Adam lah, itu pasal dia terus buang Adam dari padang.. Hahaha..

Adam sendiri tak dapat penjelasan yang terperinci dengan alasan pengadil memberinya kad merah.. Dia merasakan seorang pengadil padang yang sengaja melayangkan kad merah kat dia kerana fikir dia sengaja kentut untuk provokasi pihak lawan..

Kalau betul lah disebabkan kentut jer, pengadil tu tak professional langsung.. Mencari lah alasan yang nampak munasabah sikit untuk kenakan hukuman! Lepas ni kalau nak terkentut, minta jer masa main diberhentikan kejap.. Takut-takut nanti dilayangkan kad merah pulak! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top