0

Pembangkang bakal mengalami kekalahan besar sekiranya sokongan pengundi Cina pada pilihan raya umum akan datang beralih kepada Barisan Nasional (BN). Korang tengok jela dalam pilihan raya kecil (PRK), Sabtu lalu... banyak rakyat Cina sudah mula beralih arah pada BN.

Di Sungai Besar, peralihan sokongan kira-kira 10 peratus pengundi Cina telah mengakibatkan pembangkang kehilangan sekitar 1,300 undi.

Dalam pengiraan, kalau ikut keputusan pilihan raya umum 2013, mengira jumlah peralihan yang sama sebanyak 10 peratus undi masyarakat Cina kepada BN. Perkara itu boleh menyebabkan pembangkang kehilangan 12 kerusi Parlimen di Semenanjung, dan satu kerusi Sabah.

Antara kerusi yang menjadi pilihan dan bakal terlepas dari tangan pembangkang adalah Alor Setar, Bukit Gantang, Sungai Siput, Kampar, Raub, Temerloh, Sepang, Lembah Pantai, Teluk Kemang, Bukit Katil, Bakri, dan Batu Pahat di Semenanjung, dan Sandakan di Sabah.

Dalam konklusi itu jugak menunjukkan pembangkang akan kehilangan tiga kerusi di Sarawak iaitu Sarikei, Sibu dan Miri. Tapi itu masih belum diambil kira mengenai perubahan semasa pilihan raya disebabkan persempadanan semula di Sarawak.

Peralihan sokongan Cina terhadap BN sangat ketara apabila  peratusan keluar mengundi pada hari Sabtu lalu diakibatkan oleh kemungkinan pengundi luar  tidak pulang mengundi dalam PRK.

Bukan setakat kerusi yang disandang oleh Pakatan Harapan je yang mampu dirampas oleh BN sekiranya peratus undi masyarakat Cina meningkat, malah kerusi yang menjadi milik PAS juga mampu direbut kembali oleh BN. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top