0

Sedar tak sedar pihak pembangkang sendiri yang membuka pekung dan mempamerkan sendiri kejahatan dan sifat mereka yang sebenarnya. Tengok jela sikap terlalu obsess dengan kemenangan yang ditunjukkan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, sikap pembangkang yang tak boleh nak terima kenyataan apabila kalah dalam pilihanraya juga jelas menunjukkan bahawa mereka mengamalkan pemerintahan secara diktator. Kalau tidak diktator mesti dorang dah boleh terima kenyataan dan tidak terlalu obsess untuk mendapatkan kuasa.

Penganalisis politik, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata jika pembangkang bukan diktator maka pasti mereka sudah boleh terima kenyataan dan redha.

Terima hakikat yang negara mengamalkan  sistem demokrasi yang memberi jaminan kepada hak kebebasan rakyat memilih, dan pemimpin politik yang bijak sepatutnya amat maklum tentang perkara itu.

Shukri juga mengkritik tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak. Rafizi seperti menyalahkan rakyat kerana tidak memilih calon mereka... Tindakannya tu nampak sangat tidak matang.

"Mereka sahaja yang betul, pandangan masyarakat tidak dikira. Ini adalah ciri-ciri diktator. Kalau kelompok sebegini perintah (negara), saya khuatir nanti suara rakyat akan hilang," katanya.

Lebih menyedihkan apabila Rafizi menyifatkan rakyat sekarang ini lebih memilih kebendaan dan habuan yang lumayan sebagai bayaran kepada mereka untuk mengundi parti terbabit. Eshhh kurang ajar betul tuduhan Rafizi ni.

"Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN)," kata Rafizi.

Patut ke korang sokong pembangkang yang bersikap biadap dan gila kuasa seperti Rafizi ni?? Ni baru satu contoh tau tak tengok lagi perangai pemimpin pembangkang yang lain. Nak ke korang dok dalam negara yang mengamalkan sistem diktator macam pembangkang tu?

"Dalam konteks ini, saya lihat keluhuran hati pemimpin itu sendiri. Kalau penghormatan ke atas rakyat tidak boleh diberikan, ini meruncing kepada pembentukan sebuah negara yang matang.

"Rakyat seharusnya buka mata," kata Khalid.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top