0

Calon Barisan Nasional (BN) yang telah menjadi  anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi telah di pilih untuk menjadi wakil BN di Sungai Besar, hal ini memberi ruang kepada pembangkang untuk mempolitikkan isu ini kerana beliau bakal menjadi wakil rakyat yang memegang dua kawasan dalam satu masa.

Hal ini, telah ditegaskan oleh Budiman  bahawa tidak perlu dijadikan persoalan mengenai perkara tersebut, kerana tidak menjadi satu isu besar dan perkara sebegini tidak asing di dalam politik. Mungkin, pihak pembangkang sudah kehilangan modal untuk di jadikan bahan serangan bagi menjatuhkan bilangan undi terhadap calon BN.

“Apa yang penting BN terus bekerja sebagai satu pasukan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya..

Sebelum ini, calon BN Parlimen Kuala Kangsar juga menjadi cemuhan dan pertikaian oleh pembangkang kerana situasi beliau yang masih lagi di dalam iddah, ekoran kematian suaminya. Oleh itu, beliau  tidak dapat turun bersama jentera parti untuk berkempen. 

Tetapi, pelbagai medium digunakan dan tidak menjadi masalah kepada BN untuk berkempen tanpa calon, malah pembangkang pula yang makin sibuk mencari isu murahan untuk dibuat serangan.

Dalam pada itu, puak pembangkang juga perlu cerminkan diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan kerana mereka mungkin lupa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga memegang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Adun Kajang.

Tidak cukup dengan itu, Naib Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga adalah Ahli Parlimen Gombak dan pada masa yang sama Azmin juga menjadi Adun Bukit Antarabangsa, masing-masing memegang dua kawasan dan tidak pula menjadi persoalan kepada puak pembangkang. Tetapi apabila calon BN, mula la macai-macai pembangkang naik meroyan.

Jelas, puak pembangkang hanya mengambil kesempatan di atas semua isu yang berbangkit mengenai calon BN dan tidak mengamalkan kempen yang bersih, dan hanya akan meningkatkan lagi tahap kebencian rakyat terhadap mereka. Hal ini, memberikan kelebihan kepada BN kerana mereka lebih menitik beratkan rakyat dan tidak membawa isu peribadi calon lawan untuk menarik minat rakyat semasa berkempen. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top