0

PRK bagi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah menyaksikan kemenangan yang besar diperolehi BN. Keupayaan pembangkang juga sudah mula goyah dengan keputusan rakyat yang sebulat suara menyokong BN.

Oleh itu, keputusan ini membawa bencana kepada puak pembangkang kerana mereka gagal untuk menunjukkan keupayaan masing-masing dalam PRK kali ini. Jadi sudah terang keupayaan pembangkang terbatas berbanding kerajaan BN.

Selain itu, pembangkang gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik agar dapat membuka mata rakyat untuk mengundi mereka, sebaliknya pembangkang hanya menunjukkan kelemahan mereka yang sudah berpecah belah dan modal kempen pembangkang yang disifatkan murahan.

Menurut DS Ahmad Shabery Cheek‎ pembangkang mengalami bencana besar setelah membiarkan sekutu mereka juga turut bertanding dengan meletakkan dua parti bagi mewakili pembangkang dalam PRK . Mungkin tiada persepakatan di antara mereka menjadikan rakyat kurang pasti dengan kebolehan pemimpin pembangkang.

"Kita dapat lihat kehilangan keyakinan rakyat terhadap pembangkang yang mana kita lihat perpecahan pembangkang dengan pertandingan tiga penjuru yang meletakkan dua parti yang mewakili pembangkang dan ini adalah merupakan satu bencana besar buat pembangkang," katanya.

Kelemahan PAN dalam PRK kali ini juga dilihat dengan jelas tidak mampu meraih sokongan jika tiada bantuan daripada DAP. Penyokong PAN juga hanya bergantung harap dengan jentera DAP semata-mata, sebab tu kredibiliti PAN sangat diragui oleh rakyat.

"Amanah dilihat diragui sokongannya dan kebergantungannya hanya pada undi dan jentera DAP, ini jelas dilihat walaupun mendapat undi yang banyak...sekarang ini kita lihat Pas dan Amanah ibarat tidak merebut pingat emas tetapi mereka merebut pingat perak dan gangsa ", katanya

Kegagalan pembangkang kali ini juga bukan hanya disebabkan jentera BN, tapi rakyat sudah mula sedar akan kepincangan pimpinan pembangkang. Persepakatan diantara sayap UMNO dan jentera BN dapat menunjukkan kepada rakyat yang BN sangat komited untuk menentukan hala tuju baru kepada kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top