0

Diri sendiri yang tak pandai buat kerja tapi nak salahkan orang lain pulak... Pembangkang tidak sepatutnya menyalahkan parti lain sekiranya mereka sendiri yang gagal untuk menjalankan amanah yang diberikan.

Anggota-anggota parti pembangkang yang tak pandai nak ambil hati rakyat serta menjaga kebajikan meraka, sangat tidak wajar untuk menunding jari kepada orang lain.

Lagi satu, jangan salahkan Barisan Nasional (BN) kalau mereka tidak mendapat sokongan daripada anggota polis dan tentera.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, salah diri sendiri jika mereka tidak mampu untuk mendapatkan kepercayaan penuh dari polis dan tentera.

Macam mana dorang nak dapat sokongan dari polis dan tentera kalau perangai pembangkang sendiri yang kurang ajar dan biadap. Cermin diri sendiri tu dulu...

Layak ke dorang nak dapat sokongan daripada polis dan tentera kalau setiap masa cuma tahu mencerca dan memaki hamun pihak berkuasa tersebut?? Langsung takde adab dan tidak tahu menghormati.

“Tanya diri sendiri sebab yang selalu maki-hamun polis, malah gigit polis adalah segelintir pemimpin pembangkang.

“Macam mana polis nak sokong mereka? Akibat perbuatan segelintir pembangkang, pengundi awal tidak menyokong mereka,” katanya.

Semalam adalah merupakan hari pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi antara lain anggota polis, tentera dan pasukan gerakan am (PGA).

Shabery Cheak berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang berkata sistem pengundian awal negara yang tempang menyebabkan beberapa kerusi menjadi deposit undi tetap BN.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mendakwa pada Pilihan Raya Umum ke-13, BN memenangi 30 daripada 133 kerusi Parlimen melalui pengundi awal dan pos.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya sistem pengundian awal yang telah dijalankan sekarang ini telah dinaiktaraf dan jauh lebih berbeza serta teratur jika hendak dibandingkan “ketika ayah Nurul Izzah masih bersama kerajaan”....

Kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu lagi..., “Sistem sekarang jauh lebih telus, cara pengundian membolehkan undian dibuat dengan bebas.

“Mereka perlu sedar jika kalah dalam PRK ini, ia kerana mereka gagal satukan parti di bawah pakatan mereka, dan jika di Sungai Besar kerana dakwaan rasuah kerajaan negeri seperti yang didakwa pemimpin mereka sendiri,” -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top