0

Ramai jugak la yang complain pasal pemberian wang bantuan RM500 kepada penoreh getah oleh kerajaan... Tambah-tambah puak pembangkang yang tak puas hati dengan sumbangan Barisan Nasional (BN) tu.

Katanya rasuah laa... nak ambil hati bagi meraih undi laaa macam-macam lagi! Tapi hairan jugak yang dorang tu bagi sayur la beras la dekat rakyat takpe pulak?? Dorang tak anggap pun yang pemberian dorang tu rasuah, bila BN buat sumbangan terus jadi rasuah. Eshhh pelik!

Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abd Aziz Khalidin, mengesahkan bahawa tidak semua pemberian atau perbuatan secara ‘per se’ semasa pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jika ia dinyatakan atau dibuat semasa kempen.

Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan oleh pembangkang dan hukum hakam yang dikeluarkan mereka sebelum ini adalah berdasarkan tafsiran ahli politik masing-masing dan pihak SPR tidak akan masuk campur dalam apa jua yang ditafsirkan itu.

"SPR menjalankan pilihan raya mengikut perundangan sedia ada dan tidak akan mengikut tafsiran sepertimana dibuat oleh pihak-pihak tertentu atau ahli politik," katanya.

Abd Aziz berkata tafsiran serta perundangan sendiri bagi kesalahan rasuah tidak boleh ditafsir secara 'literal' atau terus berdasarkan perkataan-perkataan dalam seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 semata-mata.

"Ia perlu dilihat secara menyeluruh, dibuktikan dengan keterangan lisan dan dokumen serta dibuktikan dorongan pemberian adalah untuk mempengaruhi pihak tertentu supaya mengundi parti berkenaan semasa pilihan raya,

"Berdasarkan laporan yang dibuat, telah menimbulkan tanggapan seolah-olah SPR telah merumuskan semua perbuatan/pemberian tersebut adalah tidak menyalahi undang-undang pilihan raya," katanya.

Tapi tak salah kalau rakyat nak buat laporan sekiranya berlaku sebarang salah laku semasa kempen pilihan raya . Setakat ini SPR tidak melihat wujud sebarang masalah atau perlanggaran peraturan dalam kedua-dua PRK itu.

Pihak SPR jugak tidak mempunyai hak dan tidak pernah untuk masuk campur dan menghalang mana-mana pihak membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati wujud perbuatan berkaitan kesalahan rasuah semasa pilihan raya.

Tapi kena la ada bukti yang kukuh sebelum buat laporan. "Pihak-pihak yang berkepentingan masih mempunyai saluran perundangan untukmembuktikan dakwaan mereka dan bukan tuduhan semata-mata," katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top