0

Nampaknya pemimpin Cina Kelantan dilihat lebih ‘islam’ dan lebih memahami mengenai ajaran agama Islam jika hendak dibandingkan dengan pemimpin Cina di negeri lain. Tambah-tambah pemimpin Cina di Pulau Pinang, lagi satu habuk tak tahu apa pasal Islam paling lawak buat kepala tahu.

Ahli akademik Ridhuan Tee Abdullah hari ini bangga dan memuji tindakan seorang pemimpin Cina di Kelantan yang menyokong dan sentiasa menjadi tulang belakang kepada kerajaan negeri tersebut dalam usaha mereka untuk menghindarkan gejala wanita yang berpakaian ketat dan seksi.

merujuk kenyataan pengerusi Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK), Lim Kham Hong... Ridhuan memuji sikap dan kesefahaman yang ditunjukkan pemimpin terbabit kerana menyambut baik langkah tersebut.

“Terus-terang, orang Cina seperti inilah yang selalu saya puji dan hormat serta diramaikan. Tidak ultra kiasu. Saya tidak label semua Cina ultra kiasu,” katanya.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menambah sikap yang dipamerkan tersebut jelas bertentangan dengan  sikap MCA yang “ultra kiasu” dan “gatal punggung” kerana menentang pelaksanaan peraturan pemakaian wanita.

Sebelum ini,  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata pihak mereka akan memberi kaunseling kepada wanita berpakaian ketat, “menjolok mata” dan seksi. Elok sangat la kan, bulan Ramadhan dok pakai seksi dan ketat... Ehhh ketat-ketat nak kemana?? Buat kurang pahala puasa ja.

“Memang tidak sesuai kalau kita (bukan Islam) pakai pakaian menjolok mata di tempat orang ramai, walaupun agama kami tidak melarangnya.

“Sekiranya JAHEAIK menegur bukan Islam supaya berpakaian sopan sekalipun kita terima kerana itu cara menegur orang bukan Islam dengan betul, asalkan ia tidak menyentuh soal agama kami, kami terima,” katanya.

Apa yang menghairankan, bagi MCA dorang menganggap langkah dan larangan tersebut adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa serta menindas hak kebebasan wanita. Bukan lagi hak kebebasan bagi wanita Islam untuk berpakaian seksi sebab dalam Islam wajib tutup aurat. MCA ni lain sikir, pemikiran mereka mundur dan kurang peka pasal agama lain, sebab tu Ridhuan gelar mereka ‘ultra kiasu’.

“Saya cabar pemimpin mereka berbaju Melayu dan bertanjak dalam pembukaan Parlimen akan datang atau ketika berkunjung ke rumah terbuka PM sempena hari raya, jika MCA beranggapan bahawa Umno adalah rakan Melayu sejati mereka.

“Pemimpin Umno dan Melayu lain telah tunjukkan keterbukaan dengan berpakaian Cina dan makan bersepit ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina,” tulis Ridhuan yang mengumumkan keluar MCA baru-baru ini. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top