0

Ternyata pemimpin-pemimpin DAP ni kebanyakkannya kaki maki hamun dan suka mengeluarkan kata-kata kesat... Eshhhhh tak patut betul! Sudah tu suka memaki hamun ketika berdebat pulak tu haishhhh tak malu ke??

Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut" yang berlangsung di Kompleks Masyarakat Penyayang bertukar menjadi panas apabila wakil panel kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan kata kesat. Apa lagi kecoh habis lerrr!

Akibat gagal mengawal kemarahan serta tahap kesabarannya diuji... Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng, tergamak mengeluarkan kata kesat dan memaki hamun ketika berdebat.

Perkataan 'bodoh' dan 'celaka' umpama makanan bagi Hock Seng... Dia mengeluarkan perkataan kurang sopan itu ketika berdepan dengan lawannya Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.

Gara-gara tindakan bodoh dan terlalu mengikut perasaan Hock Seng tersebut...  Para penyokong kedua-dua belah pihak pulak bergaduh dan suasana kecoh berlaku. Mana tidaknya, walaupun Teck Meng tenang je kena maki tapi pasti penyokongnya panas apabila pemimpin mereka dihina.

Sementara itu Teck Meng merasa kecewa dengan perangai kebudak-budakkan yang ditonjolkan oleh pemimpin DAP tu. Patut ke seorang wakil rakyat yang sudah lama memimpin dan berpengalaman bertindak seperti itu... Berbahas pun macam dengan orang yang tak waras je.

"Saya berasa seronok berpeluang untuk berbahas malam ini supaya rakyat akan lebih faham tentang projek ini namun kecewa dengan kelakuan dan perbahasan Lim yang menggunakan perkataan kurang sopan seperti bodoh dan celaka," katanya.

Sudah la Hock Seng langsung Lim tidak menjawab setiap soalan yang dibangkitkan mengenai projek pembinaan terowong dasar laut dan juga tiga lebuh raya utama. Malah soalan yang dikemukakan untuk mendapatkan kepastian juga tidak dijawab sebaliknya Lim cuba mempersoalkan isu-isu yang tidak berkaitan.

"Apa yang cuba dibawa oleh Lim sudah lari daripada tajuk. Saya cuba mempersoalkan keperluan terowong dasar laut, mengapakah kerajaan berbelanja begitu banyak dalam kajian kebolehlaksanaan dan apakah sebab dalam kenyataan bercanggah antara kerajaan dan kontraktor projek namun tiada jawapan diterima," katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top