0

Seorang bekas ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai telah terlibat dengan perbuatan menerima rasuah.

Pihak SPRM telah menahan individu terbabit kerana dipercayai telah menerima wang habuan sebanyak RM30,000 daripada seorang kontraktor.

Mungkin jugak wang rasuah tersebut diberi oleh indivutu terbabit untuk mendapatkan projek atau untuk mendapatkan kelulusan sesuatu projek.

Menurut seorang sumber yang mendedahkan perkara ini mendakwa ahli parlimen yang juga adalah ketua cabang PKR di Selangor turut disiasat kerana dikatakan turut sama terlibat dengan kegiatan yang tidak bertanggungjawab.

Eshhh... eshhh... eshhh.. nak tahu apa dia buat?? Bekas ahli Parlimen itu didakwa kerana menipu simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang upaya. Eshhhhhh jahatnya!!

Tak cukup ke dengan gaji yang dia dapat sebagai ahli Parlimen dulu tu?? Sanggup menipu orang kurang upaya semata-mata kerana kemewahan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki bagaimanapun telah mengesahkan mengenai penahanan bekas ahli Parlimen PKR tersebut. Namun begitu siasatan masih dijalankan dan mereka enggan mendedahkan butiran kes.

Dahsyat betul la... Tak sangka yang perangai bekas ahli Parlimen PKR macam tu... itu bekas... kalau bukan bekas... entah penipuan apa lagi yang dibuat! Habis la rakyat dikhianati... Harap-harap ahli PKR yang lain tak macam tu la yer.

Penahanan bekas ahli Parlimen itu mula terbongkar dan heboh diperkatakan melalui tersebarnya satu berita mengenainya di plikasi WhatsApp semalam.

Ini semua budaya rasuah la ni... Entah-entah dakwaan Rafizi Ramli berkenaan budaya rasuah dan tawaran wanita dalan pentadbiran Selangor betul, agak je.

Setelah diselidik, Gomez dikhabarkan bahawa bekas ahli Parlimen tersebut disogok untuk menerima wang rasuah sebanyak RM30,000 sebagai balas kepada syarikat milik kontraktor tertentu mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta dan bagi berkaitan urusan pembinaan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top