0

Semenjak menjadikan DAP sebagai boss besar, puak parti PAN berpolitik secara kotor dan jahat. Macam-macam fitnah dilempakkan kepada PAS.

Semalam, Facebook Ustaz Ahmad Awang Supporters telah mengeluarkan satu fitnah jahat kepada Ustaz Mohd Nor Hamzah kononnya wujud solat 2 imam oleh parti PAS.

Mereka sudah tidak lagi takut acam azab Allah keatas mereka yang mengumpat dan menyebarkan fitnah.

Untuk penjelasan isu solat 2 imam fitnah daripada FB Ustaz Ahmad Awang Supporters bawa tulisan Ustaz Mohd Noor

Bismillahirrahmaanirrahim
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
 

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. 
Sunnah Rasulullah s.a.w akan menunaikan qasar dan jama bagi solat zohor dan asar dalam bermusafir. Di samping itu, ada ulama yang berpandangan mengambil rukhsah lebih baik daripada mengambil a'zimah, ketika bermusafir.  
Kami yang memahami kelonggaran syariat ini, berada dlm musafir di Kuala Kangsar. Kami singgah lebih kurang pukul 2 ptg di masjid Ubudiyah Kuala Kangsar utk solat, kelihatan ahli jemaah berduyun-duyun keluar setelah selesai solat zohor berjemaah dengan imam rawatib masjid tersebut. 
Kami lihat ada warga tempatan menjadi imam dalam keadaan solat tamam (lengkap empat rakaat) di tepi dewan solat masjid, tapi kami yg bermusafir solat qasar dan jama'.
Kami tidak menyangka dalam masjid yang mulia di bulan yg mulia, ada insan ambil gambar kami dan buat fitnah utk memburukkan amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS dan kami.  
Saya menganggap juru gambar ni bukan asal ahli PAS yang masuk Pan sebab ahli Pan yang asalnya Pas, dia mesti sangat faham tentang isu amanat ni.  
Kami jugok menganggap juru gambar memang tidak pernah melihat suasana ada jemaah yang solat tamam dan jemaah yang solat qasar dan jama. Mungkin ini kali pertama dia masuk masjid. 
Kami juga menganggap juru gambar ini tidak dapat beza antara solat qasar jama dengan solat tamam sebab jenis orang DAP berbaju PAN memang suka cerca syariat islam.
Juru gambar ini mungkin orang DAP yang berbaju Pan, sebab kami solat tapi dia sibuk ambil gambar je. Memang ramai ahli DAP tidak solat. 
Ingat Pan, ingat DAP....ingat DAP ingat dia BENCI ISLAM 
Jika orang jujur dan baik hati membaca ulasan si penyebar fitnah dan melihat baju-baju ahli jemaah, dia tidak akan terpengaruh dan terkesan dengan rekaan fitnah ini. 
Sepatutnya dia ulasan tentang ketiadaan air dalam tandas masjid yang begitu ketara pada hari itu. Ini isu kebajikan ahli jemaah tapi dia sibuk sebar dan reka fitnah. 
Cukuplah... Kite serah semua urusan kepada Allah yg Maha Esa. Sekian.

Post a Comment

 
Top