0

Keliru dengan pemimpin PAN ni, ada masa cakap PAN nak menang PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tapi di di saat akhir kempen dah tukar pulak pandangan.

Dulu sibuk cakap dekat PAS yang kononnya dorang ada sokongan Pakatan Harapan untuk dapat menarik lebih pengundi. Tapi sekarang pemimpin PAN yang pelik macam Asmuni Awi ni, dia tidak mengharapkan PAN untuk menang majoriti yang tinggi, kononnya sudah cukup untuk parti yang masih baru seperti PAN meraih undi yang sederhana atau sedikit.

Rasanya, di saat-saat akhir ni PAN dah kurang sikit bersikap riak, mungkin sebab takut kalah teruk alasan macam ni pulak yang digunakan. Mungkin juga, kredibiliti Pakatan Harapan tidak menonjol seperti yang diharapkan PAN pada mulanya.

Sekarang mula la nak fikir idea baru untuk kaburkan mata rakyat dengan alasan-alasan yang tak boleh diterima akal. Kalau dulu PAN agungkan PH tapi sekarang mana hasil sokongan PH kepada PAN...kini macam-macam alasan yang digunakan oleh PAN untuk menutup cela sendiri.

Propaganda PAN kononnya jika mereka kalah dalam PRK, semua itu disebabkan oleh parti-parti politik yang sudah mempunyai nama yang gah seperti BN dan PAS, penyertaan pertama kali mereka juga mungkin akan dijadikan isu.

Pasti itu alasan yang akan diberikan setelah kekalahan PAN di PRK nanti. Jika terus berkelakuan begini mungkin juga ini adalah PRK yang terakhir untuk PAN.

"Tambahan pula lawan kami adalah yang mempunyai nama gah seperti BN dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas)," katanya.

Mungkin, pemimpin PAN sendiri sudah tidak yakin dengan PAN kerana selalu saja memberi alasan bodoh jika sudah terjerat dengan provokasi sendiri. Keyakinan PAN nampaknya sudah goyah meskipun PAN menyatakan sokongan rakyat kepada calon PAN semakin meningkat. -HanezDot/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top