0

Tak hairan la kalau PAS ni bercakaran dengan PAN dah memang dendam PAS dekat PAN sebab dasar pertubuhan PAN jugak daripada serpihan PAS. Ahli PAS yang sudah berpaling tadah dengan PAS akan lompat ke PAN untuk menentang PAS.

Datuk Mohd Amar menyuarakan PAN adalah parti yang bengong, uishh..dasyat ni ! Amar mengutuk warna oren yang diguna PAN, macam mana nak jadi parti yang boleh memimpin rakyat sedangkan warna tema PAN juga tidak sesuai kerana menurut Amar itu adalah warna pakaian tok sami buddha.

Pedas jugak kenyataan Amar ni sampaikan warna tema parti PAN pun nak dijadikan peluru.

"Orang Pas kena kekal undi Pas. Jangan tukar dengan oren. Parti oren ini bagi saya parti nanar. Orang Kelantan kata nanar ini bengong. Politik dia (PAN) politik nanar ", katanya.

Bukan itu je, lambang PAN juga turut dikutuk oleh Amar. Tidak dinafikan lambang PAN tu memang seiras Imayam tv, yang merupakan salah satu siaran tv yang terdapat di India. Mungkin kebetulan PAN juga guna logo yang sama, sebab tu Amar kata PAN ni 'nanar' kerana perkara macam tu pun tak pandai nak sesuaikan.

Kalau nak di ikutkan, memang logo PAN macam tak ada gambaran lansung tentang motif parti PAN diwujudkan. Cuba tengok logo PAS dan BN ada maksud tersirat perjuangan parti mereka.

Tapi bila tengok PAN bukan macam Imayam tv je, tapi macam jenama adidas pun ada. Mungkin juga PAN memang ditubuhkan untuk menjadi bahan lawak seperti presidennya Mat Sabu.

Hanez rasa ini adalah kecacatan luaran yang boleh kita nilai untuk sesuatu parti politik, tapi melalui pandangan sebegini dapat membuatkan rakyat berfikir, apakah motif sebenar PAN diwujudkan.

Adakah hanya untuk menjadi bayang-bayang DAP atau ada agenda peribadi yang mahu pemimpin PAN kecapi.

Tapi kuasa rakyat yang akan menentukan parti mana yang akan di pilih, sebab tu pemilihan bukan dibuat berdasarkan calon, malah seluruh parti perlu diambil kira. -HanezDot/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top