0


Banyak sungguh peminat Almy Nadia yang masih tak puas hati dengan perubahan bentuk badan pelakon itu yang semakin bertambah.. Perubahan drastik itu jadi pada Almy selepas melahirkan anak sulung pertama hasil perkahwinan dengan Fizz FAiruz..

Terkini, Almy sedang hamil anak kedua dan sering memuatnaik gambar selfie di akaun Instagram.. Almy dah muatnaik gambar selfie dengan anak di dalam kereta..

Di mana silapnya pun Miss A tak tahu.. Seorang peminat dah memberi komen suruh Almy menjaga imej seperti hot mummy Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta..

Che Ta memang cukup terkenal sebagai seorang wanita dan ibu yang sentiasa bergaya dan menawan walaupun dah mempunyai 3 orang anak.. Setiap wanita kalau dah kena tegur soal berat badan badan semestinya akan sentap..

Almy tampil membalas komen peminat itu dan maklumkan setiap artis tak sama.. Jangan nak samakan Almy dan Che Ta.. Menurut Almy walaupun dia seorang artis tapi Almy sudah nak mencari rezeki..

Dah banyak bidang bisnes yang pasangan suami isteri ini ceburi.. Jual sengkuang calit, sambal hitam dan kurta.. Tapi, sebabkan dah tak popular bisnes pasangan ini kurang mendapat sambutan..

Uolls semua pun jangan nak kutuk fizikal dia, nak buat macam mana badan nak naik mendadak.. Mungkin lepas bersalin anak yang kedua Almy akan berusaha kuruskan badan seperti sediakala sebab selalu kena kutuk dengan uolls semua..  Kita tunggu dan lihat, nanti lagi meletup dari Che Ta..hahaha.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top